Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Ciri DSLR kompak Olympus

Imej
APABILA memerhatikan kelompok generasi muda hari ini yang menghabiskan waktu senggang sama ada di taman-taman awam mahupun di kompleks beli-belah, rata-ratanya mereka membawa sebuah aksesori wajib alaf ini iaitu kamera. Daripada seringkas-ringkas fungsi kamera kompak hinggalah kepada kamera DSLR yang mewakili tahap pengguna intermediate atau profesional, ternyata kegilaan terhadap fotografi begitu ketara dewasa ini.