Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

6 PESANAN BUAT ISTERI

6 PESANAN BUAT ISTERI :: 1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

10 Benda Tak Boleh Beli Dengan Duit

Imej
  Percayakah anda di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya. Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit

Jaga Anak

Renungan bersama... 1) Jangan pukul anak dari lutut keatas 2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control 3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak ...Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

Tip Kurus: 4 makanan bantu kurus

Imej
Anda mahu sihat dan menjaga berat badan? Di sini ada 4 makanan yang dapat membantu dalam program diet anda. Teh hijau TERLALU banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya, kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.

7 Tips Keluarga Bahagia Dari Ustazah Siti Nor Bahyah

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. 2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. 3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. 4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.