Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

10 Nasihat Einstein Untuk Berjaya

Imej
1. Wujudkan  r asa ingin  t ahu   anda " Saya   bukan memiliki   bakat luar biasa .  Hanya   selalu menikmati   rasa ingin   tahu saja ." Membaca petikan   Einstein di   atas membuat   kita tertanya - tanya.  Seperti apa   rasa ingin   tahu itu ?  Saya selalu   bertanya   mengapa ada   orang yang berjaya , sementara   banyak yang lain   gagal ?

Meneladani puasa Rasulullah s.a.w

DALAM ibadat puasa Ramadan, Rasulullah telah menunjukkan teladan yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud: “Apabila seorang dari kamu sekelian berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak. Bila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah- sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.” Sebagaimana penjelasan baginda Rasulullah sendiri bahawa orang yang berpuasa itu pada hari kiamat nanti bau mulutnya akan lebih harum dari bau kasturi

Menara tertinggi di dunia mula dibuka

Imej
TOKYO: Menara tertinggi di dunia dan mercu tanda terbesar Jepun, Tokyo Skytree, dibuka kepada umum, semalam. Hampir 8,000 pelawat dijangka menggunakan lif laju untuk tiba ke dek peninjau terletak di menara setinggi 634 meter itu bagi menandakan pembukaannya.

Bulan Rejab, Antara Islam dan Jahiliyah

Imej
Pe rkataan Rejab terdiri daripada huruf Ra Jim Ba . Gabungan tiga huruf bermaksud menyokong sesuatu atau menguatkan sesuatu. Dikatakan masyarakat Arab menamakan bulan tersebut sebagai Rejab kerana pada masa itu mereka membuat sokongan pada pokok-pokok kurma yang hampir tumbang. Mereka memuliakan bulan ini dengan beberapa cara. Antaranya:

Taman Komodo diisytihar antara 7 keajaiban dunia

Imej
   Wakil Yayasan News7Wonder menyerahkan sijil yang mengiktiraf Taman Negara Komodo. JAKARTA – Taman Negara Komodo di Timur Nusa Tenggara, Indonesia yang menempatkan spesies biawak gergasi, kini diisytiharkan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Baru Alam Semulajadi oleh Yayasan New7Wonder, semalam. “Kejayaan taman ini merupakan contoh terbaik bagaimana komuniti boleh bersama-sama melindungi spesies yang hampir pupus.

Amukan Belanda

Imej
KEMAMPUAN Belanda di peringkat antarabangsa tidak pernah terbukti sepenuhnya biarpun muncul naib juara Piala Dunia 1974 dan 1978. Begitupun semua keraguan itu berakhir sebaik mereka menjulang gelaran pertama di Jerman Barat pada edisi Kejohanan Eropah 1988. Belanda ketika itu dikendali Rinus Michels yang mula bersama kelab itu sejak mereka tewas kepada Jerman dalam final Piala Dunia 1974, justeru kejayaan 14 tahun kemudian membuktikan betapa berkesannya pendekatan Michels yang menitikberatkan latihan terhadap golongan muda serta aksi bola sepak pintar.

8 Rahsia Orang Bijak

Imej
Semua orang didunia ini suka apabila merasakan diri mereka bijak. Ya, sememangnya manusia adalah makhluk yang bijak kerana mempunyai akal yang mampu untuk membuat pertimbangan. Akal yang bijak sudah semestinya lahir daripada otak yang cerdas. Jadi bagaimanakah cara anda menjaga otak untuk membantu menjadi orang yang lebih bijak?

Mengapa Doa Tidak Dimakbul

Imej
Selalunya Allah SWT akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Allah SWT. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:

New home kit for 2012-13 Liverpool ( warrior )

Imej

Khasiat kayu manis

Imej
CINNAMON atau lebih dikenali dengan nama kayu manis dalam kalangan masyarakat Melayu, mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia. Sejenis rempah yang diambil dari bahagian kulit pokok dalam kalangan keluarga Cinnamomum, kayu manis selalunya digunakan untuk menambah rasa dalam makanan sama ada yang berperisa pedas atau manis.

Kota suci ketiga umat Islam

Imej
SEBAIK sahaja rombongan yang disertai oleh Muhammad Kamrulazizi, 30, sampai ke pintu masuk sempadan Israel dan Jordan yang dikenali sebagai Allenby Bridge, perasaannya bercampur-baur. Allenby Bridge merupakan satu-satunya jalan darat untuk memasuki Israel dari Jordan. Muhammad teruja untuk solat sunat sekurang-kurangnya dua rakaat di Masjid Al-Aqsa, tempat Nabi Muhammad S.A.W diangkat ke langit dalam peristiwa Israk Mikraj lebih 1,400 tahun yang lalu.

Imtihan : Pecutan Akhir

Imej
Firman Allah SWT yang bermaksud:- “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”  (Surah al-Ankabut : Ayat 2-3)

Lukisan The Scream dilelong RM363 juta

Imej
NEW YORK - Lukisan yang dihasilkan Edvard Munch berjudul The Scream dilelong pada harga AS$120 juta (RM363 juta) kelmarin sekali gus mencatat rekod baharu sebagai hasil seni yang paling mahal pernah dijual dalam satu acara lelongan. Lelongan itu dikendalikan firma Sotheby's.

One Trade Centre atasi Empire State

Imej
NEW YORK - Bangunan One World Trade Centre yang menggantikan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) diumumkan sebagai bangunan pencakar langit tertinggi New York semalam. Ketinggian bangunan baharu itu hanya melebihi 381 meter daripada bangunan Empire State di sini selepas para pekerja memasang beberapa tiang besi di atas menara itu.