Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu 1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari. 2. Kejutan Budaya

TANDA- TANDA SESEORANG MEMILIKI SAKA

TANDA- TANDA SESEORANG MEMILIKI SAKA MAKNA SAKA - Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia i tu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunannya. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek- moyangnya terdahulu. Boleh jadi Jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki tersebut yang ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah berkawan dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah kepada anak dan kepada cucu oleh pembela-pembela jin-jin tersebut.

KEBAIKKAN & KELEBIHAN BERKAHWIN KETIKA BELAJAR PADA USIA MUDA

Imej
KEBAIKKAN & KELEBIHAN BERKAHWIN KETIKA BELAJAR PADA USIA MUDA (dari pandangan penulis) https://www.facebook.com/assyabab.insaniah