Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Lumix GX1 tingkat penguasaan Panasonic

Imej
PANASONIC Malaysia menyasar menguasai 40 peratus pasaran segmen teknologi kamera tanpa cermin tahun depan berbanding 27 peratus sekarang disumbangkan oleh rangkaian produk siri Lumix G yang dilancarkan semalam.

Askar terakhir AS tinggalkan Iraq

Imej
SEMPADAN IRAQ-KUWAIT, Kuwait - Pasukan terakhir tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalkan Iraq dan memasuki Kuwait semalam, hampir sembilan tahun selepas AS melancarkan perang bagi menyingkirkan Presiden Iraq, Saddam Hussein. Pasukan terdiri daripada 110 buah kenderaan membawa 500 askar AS yang kebanyakannya anggota Briged Ke-3, Divisyen Pertama Kavalri itu melintasi sempadan Iraq pada pukul 7.38 pagi waktu tempatan.

Petanda Azlan tawan Qatar

Imej
AZLAN Shah Kamaruzaman melaungkan amaran awal kepada barisan pencabarnya bahawa dia tidak memandang mudah perlumbaan penutup tirai Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Petronas yang akan berlangsung di Litar Losail, Qatar hari ini.

Mencuba Nikon 1 di Pulau Pangkor

Imej
SEMPENA kehadiran produk baharu Nikon yang berupa kamera kompak auto fokus teringan, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd. (Nikon Malaysia) mengajak sekumpulan pengamal media ke Pulau Pangkor selama tiga hari dua malam untuk mencuba uji ciri istimewa gajet tersebut. Nikon 1 merupakan segmen baharu selepas kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR) siri D dan juga kamera kompak digital, Coolpix.

Susuk hanyalah sihir mata

Imej
KERANA mahu cantik manusia sanggup melakukan apa sahaja. Demi menghilangkan kedutan, memutihkan wajah dan melangsingkan tubuh, pengguna di Malaysia pada tahun 2010 sahaja menghabiskan sebanyak RM3.42 bilion untuk membeli produk kecantikan. Kerana mahu cantik jugalah sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini susuk masih lagi kuat berlegar dalam masyarakat Melayu.

Kaabah dicuci dengan air Zamzam

Imej
MAKKAH: Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, mengetuai upacara membersihkan Kaabah, bangunan paling suci, menggunakan air Zamzam yang dicampur dengan air mawar, semalam. Majlis itu dihadiri oleh sebilangan besar tokoh terkenal, antaranya Ketua Presiden Dua Masjid Suci, Sheikh Al-Hosain dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu.

Pencarian kembar bumi

Imej
PENYELIDIKAN untuk membuktikan kewujudan makhluk asing seperti yang digambarkan dalam filem Hollywood seperti E.T. dan Avatar sudah lama dimulakan. Begitupun, belum ada bukti yang dapat menyokong teori itu. Malah, hidupan lain seperti bakteria dan tumbuh-tumbuhan di bulan atau planet lain juga tidak diketahui kewujudannya.

Nikah Khitbah satu Alternatif

Imej
1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib. 2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

Tentera berbasikal takluk Tanah Melayu

Imej
ANTARA kisah zaman pendudukan Jepun yang kerap diulang oleh bapa ialah mengenai basikal arwah datuk yang dirampas semasa Perang Dunia Kedua. Ceritanya, basikal jenama Raleigh yang baru dua minggu dibeli itu dirampas seorang askar negara Matahari Terbit itu sebaik arwah datuk ditahan di hadapan rumahnya di Kampung Batu 2, Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Waktu itu, gerombolan askar Jepun baru mendarat di pantai Bagan Lalang untuk ke Kuala Selangor seterusnya menawan Kuala Lumpur.