Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Filem silat tembusi pasaran AS

Imej
JAKARTA – Sebuah filem tentang silat dari Indonesia, The Raid: Redemption menjadi filem pertama negara itu menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS), malah turut menerima pujian pada beberapa festival filem antarabangsa. Kini, pengarahnya, Gareth Evans berharap kejayaan filem tersebut akan memberi nafas ke atas seni mempertahankan diri itu.

Palestin mahu tiada negara Israel

Imej
  GAMBAR fail menunjukkan penduduk Palestin menyertai tunjuk perasaan menentang penempatan haram Yahudi di sebuah kawasan yang menghadap pemandangan Masjid Kubah Emas di Baitulmuqaddis pada 20 April lalu. TEBING BARAT - Seorang tokoh terkemuka Palestin mahu Palestin menggugurkan cadangan penubuhan dua buah negara bagi menyelesaikan krisis di Asia Barat. Rundingan yang melibatkan penubuhan negara Israel dan Palestin telah berlanjutan selama beberapa dekad.

Ramai golongan kaya Iran beli kereta mewah

Imej
TEHERAN - Golongan kaya di Iran masih mampu membeli kereta mewah walaupun terdapat sekatan yang menjejaskan ekonomi negara ini. Menurut beberapa laporan semalam, golongan kaya itu sanggup untuk membeli kereta mewah sehingga AS$360,000 (RM1.104 juta).

Bahasa purba Oman hampir hilang penutur

Imej
DIDIAMI 4,000 orang penduduk dan menghadap Selat Hormuz yang strategik di Iran, perkampungan Kumzar memiliki sebuah bahasa berusia ribuan tahun yang tidak mungkin difahami oleh orang lain di muka bumi ini. Kumzar terletak di hujung paling utara Semenanjung Musandam, Oman dan terlindung dengan gunung-ganang. Kedudukannya menghadap teluk yang dipenuhi kehidupan marin.

BNM edar wang kertas baru mulai Julai depan

Imej
BANK Negara Malaysia (BNM) sudah membuat persediaan bagi edaran wang kertas Malaysia siri baru mulai 16 Julai depan yang bertemakan Keunikan Malaysia terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

Beli daripada penjual bertauliah

Imej
APABILA ditanya tidak teringinkah memakai kanta lekap yang dianggap akan lebih menyerlahkan penampilan terutama jika memakai solekan mata, penulis terus menggeleng. Bukan tidak ingin bergaya, tetapi rasanya tahap kerajinan dan disiplin untuk mengikuti rutin penjagaan harian kanta lekap tidak mencapai standard yang ditetapkan. Soal disiplin amat penting bagi semua individu yang ingin memakai kanta lekap. Ini perkara pertama yang ditekankan oleh pakar optik atau pakar mata apabila anda menyuarakan hasrat untuk memakai kanta lekap. Jika anda tiada ciri ini, lupakan saja hasrat itu kerana sebarang kecuaian boleh mengundang masalah pada mata anda - organ yang sangat penting.

Damsyik kota Ashabul Kahfi

KOTA Damsyik di Syria sudah berusia lebih 11,000 tahun, angka yang membolehkannya bergelar sebagai bandar paling tua di dunia. Damsyik merupakan bandar terbaharu di Asia Barat yang menyaksikan kebangkitan rakyat menentang status quo pemerintah. Sebelum ini, gelombang rakyat telah berjaya menjatuhkan kepimpinan Presiden Zin Al-Abidin di Tunisia, Presiden Hosni Mubarak di Mesir dan Muammar Gaddafi di Libya.

Korea Utara malu roket berkecai

Imej
PYONGYANG – Korea Utara semalam mengumumkan roket jarak jauhnya, Unha-3 gagal menuju ke orbit yang merupakan pengakuan yang memalukan. Kegagalan tersebut sekali gus memberi tamparan hebat kepada pemimpin muda negara komunis itu, Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 20-an.

Kisah Nabi Sulaiman dan Yahudi

Imej
Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan. Sewaktu Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.

Apa Itu Nikah Gantung?

Imej
Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan. Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Kapal mewah ikut laluan Titanic

Imej
LONDON - Hampir 100 tahun selepas kapal Titanic karam, sebuah kapal pesiaran mewah, MS Balmoral dengan jumlah penumpang yang sama memulakan pelayaran semalam. Kapal itu belayar dengan mengikut laluan yang sama Titanic dari pelabuhan di Southampton. Ia membawa 1,309 penumpang.

Proton Preve

Imej
TEKA-TEKI mengenai nama sebenar kereta global Proton, yang menggunakan kod P3-21A akhirnya terjawab apabila model terbaru kereta Proton itu dikenali sebagai Proton Preve (disebut Prae-vae) yang diubah suai daripada perkataan asal bahasa Inggeris (Proof) yang membawa maksud ‘bukti’. Perkataan itu juga dipinjam dan diolah daripada bahasa Sepanyol, Preve yang membawa maksud ‘memperuntukkan’ sekali gus menggambarkan model berkenaan bukti keupayaan Proton selepas 27 tahun ditubuhkan dalam mengeluarkan produk bertaraf global setaraf dengan jenama kereta antarabangsa lain.

Patung emas Kapten Jack Sparrow dijual

Imej
TOKYO - Sebuah patung emas watak Kapten Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean dijual pada harga AS$435,000 (RM1.3 juta). Ia dijual di sebuah pusat beli-belah di sini sempena ulang tahun kelahiran ke-110 tahun Walt Disney yang merupakan pengasas bersama The Walt Disney Company.

Pencipta Kamera Adalah Saintis Islam

Imej
  Suratkhabar terkemuka di Barat, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 telah menerbutkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana Pencipta Muslim Mengubah Dunia. Salah satunya adalah pencipta kamera obscura. Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai oleh umat manusia. Dengan flash dan tembakan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar bermula dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa.