Catatan

Selesa di Alam Kubur

SELESA DI ALAM KUBUR Baru-baru ni saya ada dengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur. Amalkan 3 perkara ni: 1. Baca Alquran sebelum subuh Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat. 2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya. 3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud,

Kehidupan Selepas Mati Dunia.

*CUBA BACA PERLAHAN2 SAMBIL MUHASABAH DIRI KITA* setiap 1000  orang  makhluk  yang  melewati jembatan  siratal mustaqim   ,hanya 1  orang  saja  yang  berhasil  lolos   sampai ke surga  ??    😭😭😭    👇👇 ... *BAGI YANG BERAGAMA ISLAM TAK DIBACA SAYANG SEKALI* ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagungan-Nya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil alaihis salam dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas se

SIFAT ATAU ROH

SIFAT ROH ATAU HATI Roh yang ada di dalam diri kita ini terlalu abstrak (seni). Sifatnya sensitif, selalu berubah-ubah, sekejap baik dan sekejap jahat. Perubahan ini berlaku terlalu cepat sekali sehingga susah untuk kita mengesannya. Ini menyebabkan banyak sifat-sifat yang baik telah terabai dan sifat-sifat yang buruk (jahat) dibiarkan bermaharajalela dalam diri sama ada disengaja atau tidak, disedari atau tidak. Sifat-sifat roh terbahagi kepada dua iaitu: 1. Sifat-sifat mahmudah (sifat positif atau sifat sifat yang baik). 2. Sifat-sifat mazmumah (sifat negatif atau sifat sifat yang keji). Pertama: Sifat-sifat mahmudah, antaranya:

Cara Paling Senang Buka Akaun Syarikat Tanpa Introducer.

Behind a Story To Open My Account Company. Cara Mudah nak buka Akaun Syarikat selepas daftar SSM. Ini adalah Cara buka akaun syarikat dengan Bank CIMB tanpa introducer dan cop syarikat anda, 1. Pergi ke kuanter pertanyaan dan dia akan bagi 1 falyers copy untuk login bizz-cimb. 2. Buka dimana-mana komputer atau smartphone dan juga dimana-mana anda berada. (Saya hanya gunakan komputer lama di rumah ) Alhamdulillah. 3. Isi segala detail yang disuruh isi, Jika tidak pasti atau tidak tahu isi ( sila call no Bank tersebut ). Dia akan ajar cara-cara untuk mengisi borang tersebut dan dapatkan No Rujukkan utk Bank. 4.Bila sudah siap dan dah submit , pergi ke Bank CIMB yg buat tadi .. Terus tandatangan untuk pendaftaran ( tak payah cop syarikat dan introducer ) serta tandatangan untuk buku cek anda. 5. Apabila siap pendaftaran anda. Anda akan diberikan 1 nombor akaun syarikat atas nama syarikat dan diminta untuk memasukkan deposit RM1000. 6. Deposit anda boleh dikeluarkan selepas 24jam.

Kehidupan Baru

Kehidupan Baru, Sudah lama tidak menulis, inshAllah bermulalah episod baru di dalam dunia media masa ini. Dengan nama yang Kuasa Sekalian Alam dan bersyukur kepada-Nya yang memberikan kehidupan yang bahagia dan rezeki yang sentiasa ada. Terakhir menulis Blog ini pada tahun 22/2/2013 masa kali terakhir di bumi Mesir. Walaupun sudah berkahwin masa itu dan kini sudah ada anak. Kini meneruskan hidup dari saban hari ke hari serta meneruskan kebahagian rumah tangga yang hampir 7 tahun berlalu. sekian coreta ringkas dari saya. SELAMAT HARI RAYA 1440H MAAF ZAHIR DAN BATIN 

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu 1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari. 2. Kejutan Budaya

TANDA- TANDA SESEORANG MEMILIKI SAKA

TANDA- TANDA SESEORANG MEMILIKI SAKA MAKNA SAKA - Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia i tu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunannya. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek- moyangnya terdahulu. Boleh jadi Jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki tersebut yang ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah berkawan dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah kepada anak dan kepada cucu oleh pembela-pembela jin-jin tersebut.