Beraya di perantaun



10 september.. sehingga berjauhan dengan keluarga tercinta .. hatiku tetap tabah untuk menempuh segala kejadian dengan mengharapkan keredhaan Ilahi dan syafaat Nabi s.a.w.. sedih dan gembira , segalanya dapat dirasakan apabila beraya di perantauan .. hanya doa buat ibu dan ayah serta saudara yang aku mampu kirimkan .. moga kehidupan mereka aman dan bahagia disamping mendapat ijazah ramadhan kurniaan dari Maha Perkasa..



Setelah habis saja mengkhatamkan kitab Allah dan Kalam-kalamNya .. aku menyujud kepadanya atas kesyukuran yang Allah berikan iaitu kesempatan untuk mengabiskan surah suci dalam Al-quran semasa bulan barakah , bulan ramadhan.. ini kerana Nabi penah bersabda yang bermaksud..

Daripada Aisyah r.a. katanya: “Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.”


(al-Bukhari dan Muslim)


Setelah habis sahaja membaca. Aku dan rakan seperjuangan yang masih berada jauh di pangkuan keluarga mengadakan gotong-royong untuk memasak sedikit juadah bagi kami merasai keseronokkan beraya pada tahun ini.. kami memasak mee bandung sahaja.. dan itu kemampuan aku dan rakan di sini.. setelah masak dan mendidih.. seorang rakan mengajak untuk makan setelah penat memasak bersama-sama sambil mendengarkan layunan lagu asyik raya di komputer salah seorang daripada rakan kami..


setelah makan.. aku tidak bisa tidur kerana memikirkan kampung yang masih indah di mata dan di lubuk hati yang mendalam.. rindu dan sayu rasanya apabila berjauhan dengan sanak saudara yang masih menyanyagi diriku ini.. Jam demi jam berlalu.. aku melihat kawan yang sedang menelifon ayah dan keluarganya yang berada di tanah tercinta..


Habis saja dia meminta maaf , aku masih menunggu waktu yang tepat agar tidak mengacau ibu dan ayahku yang sedang mengerjakan ibadah sunnat solat aidilfitri.. beberapa kemudian.. aku melayari laman web sosial agar aku dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan yang masih berada di tanah melayu..


waktu demi waktu , aku mengambil langkah untuk bangkit bagi menyempurnakan lagi malam raya untuk memuji Allah pada pagi raya.. tersedak hati dan pemikiran apabila memikirkan ibu dan ayah.. dan memikirkan dosa yang telah lalu aku kerjakan tanpa memikirkan soal pahala dan dosa.. air mata pun menitis.. menitis,, dan terus menitis..


Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”


(Ibnu Majah)


setelah membaca doa ktaham Al-Quran, aku bangkit dengan hajat untuk menelifon keluarga.. beberapa percubaanku gagal kerana ibu dan ayah masih lagi bersolat di masjid yang berhampiran dengan rumah.. tunggu dan kesabaran meliputi keimanan serta ketakwaan kepada Allah.. Tanpa membuang masa aku menelifon ke kampung.. alhamdulillah ia menjadi dan dapat di hubungi..

habis saja berkata dengan nenek dan keluarga besar.. aku kembali menelifon ayah dan bonda yang makin rindu di hati.. sudah setahun di sini , sudah menjadi-jadi perasaanku. akhirnya dapat juga aku menelifon ayah serta bonda untuk meminta ampun dan maaf.. azan subuh pun berkumandang , seruan Ilahi sudah tiba..


setelah pagi.. aku dan rakan bergesas ke stadium Tanta untuk solat sunat aidilfitri beramai-ramai. berpusu-pusulah orang dari perbagai rupa serta pelbagai corak pemakaian untuk mengerjakan solat sunat aiilfitri.. aku dan rakan , Alhamdulillah sempat hadir tepat pada waktunya.. setelah solat kami mendegarkan kutbah solat..


setelah habis kutbah ramai anak melayu perantauan bersalam-salaman serta memaafi sesama Islam dan sesama ukhuwah sambil mengambil foto untuk menjadikan kenangan pada masa akan datang... stadium pun menjadi sepi dan kami dijemput untuk pergi ke beberapa rumah sahabat yang membuat rumah terbuka..


tanpa segan dan silu.. aku dan beberapa orang rakan pergi kesana dan kami sempat pergi beberapa lagi rumah kawan-kawan .. tenaga kami pun semakin susut dan perut semakin kenyang.. akhirnya kami pulang ku rumah untuk menyiapkan diri bagi memunaikan solat jumaat..


sekian terima kasih bagi yang sudi membaca..
maaf zahir dan batin
selamat hari raya...


raya pertama 10 malam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wanita-wanita Perindu Syurga

Respon PMRAM Terhadap Spekulasi Kristian Menjadi Agama Rasmi

Adab tidur elak mengigau