Imam Ahmad Bin Hanbal


KOSISTEN MENGAMALKAN SUNNAH

Pengenalan
Imam Ahmad Bin Hanbal islah seorang imam mazhab keempat dari fuqaha Islam. Beliau mempunyai sifat-sifat yang luhur dan tinggi sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang yang hidup sezaman dengannya dan juga orang-orang yang mengenalinya. Beliau islah pendirian Mazhab Hanbali. Beliau dilahirkan di Baghdad, pada bulan Rabiul Awal 164H/780M iaitu setelah ibunya berpindah dari Bandar Murwa tempat tinggal ayahnya.



Menuntut Ilmu
Imam Ahmad Bin Hanbal menghafal Al-Quran dan mempelajari bahasa. Beliau belajar menulis Diwan ketika berumur 14 tahun. Beliau hidup sebagai seorang yang cintakan Ilmu dan bekerja keras untuknya sehingga ibunya berasa kesihan melihat kegigihannya di dalam menuntut ilmu. Sesungguhpun miskin , beliau pernah mengembara ke Makkah, Madinah, Syira, Yaman , Kufah, Basrah, dan Jiziah untuk menuntut ilmu. Seorang rakannya yang takjub apabila melihatnya sangat banyak mengembara, berkata " sesekali ke Kufah dan sesekali ke basrah! Sehingga bilakah?"
Pengembaraan yang pertama islah ke Kufah iaitu pada tahun 133H. pada tahun ini gurunya yang bernama Husyam bin Busyair meninggal dunia. Beliau mengembara ke Basrah untuk kali pertama pada tahn 186H dan pertama kali mengerjakan Haji pada tahun 187H.

Guru-Guru Imam Hanbal
  1. Imam syafie
  2. sufyan bin uyainah
  3. Yahya bin Saud Al-Qathan
Sifat-sifat Imam Hanbal
Imam Ahmad Bin Hanbal adalah seorang yang kuat ingatan , faham dengan apa yang dihafal, bersifat sabar dan mempunyai azam dan kemahuan yang kuat, tetap pendirian , tidak riak dan selalu menjauhkan diri dari bergurau senda sehingga orang lain tidak berani bergurau senda ketika beliau bersamanya. Beliau juga idup bahagia padahal pakaian putih yang dipakainya penuh dengan tampalan yang dijahitnya dengan tangannya.

Murid-murid Imam Hanbal
  1. Imam Bukhari
  2. Imam Muslim
  3. Imam Abu Daud
Karya-karya Imam Hanbal yan Masyhur
  1. Musnad Ahmad bin Hanbal
  2. Az-Zuhd
  3. As-Salah
Sakit da wafatnya
Menjelang kewafatannya , beliau jatuh sakit selama sembilan hari. Mendengar berita ini, ramai yang datang untuk menziarahinya. Mereka berasak-asak di depan pintu rumahnya itu. Akhirnya , pada permulaan hari Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal 241H. Beliau menghadap Rabbiul Alamin ketika berumur 77 tahun..

rujukan .. risalah al-munawwar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wanita-wanita Perindu Syurga

Respon PMRAM Terhadap Spekulasi Kristian Menjadi Agama Rasmi

Adab tidur elak mengigau