2 Golongan yang Bertarung Dengan Hawa Nafsu
Kehidupan seharian kita, sering kali kita terlibat dengan perkara-pekara yang baik ataupun buruk. Kita boleh katakannya sebagai terlibat dalam pertarungan dengan hawa nafsu kita sendiri. Adakalanya kita menang melawannya dan adakalanya kita kalah menghadapinya. Itulah masalah yang kita hadapi di dalam kedisupan seharian kita. Hakikatnya pertarungan ini akan berterusan sehinggalah ajal maut menjemput kita.
Allah berfirman di dalam Surah Al-Syams 91 : ayat 7-10 yang bermaksud :
" Dan jiwa serta penyempurnaannya ( penciptaannya ) , maka Allah akan mengilhamkan pada jiwa itu ( jalan ) kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya itu dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya."
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Dibentangkan fitnah ke atas hati manusia seperti jalinan tikar, satu demi satu, maka mana-mana hati yang menerimaya akan dititikan dengan titik hitam, mana-mana hati menolaknya pula akan dititikan dengan titik putih, sehinggalah hati itu menjadi salah satu hati tadi. Satu putih melepak seperti batu putih yang tidak dapat dicacati oleh sebarang fitnah, manakala satu lagi adalah hati yang hitam legam yang tidak lagi mengenali sebarang kebaikkan dan tidak menolak sebarang kemungkaran."
Dr.Fathi Yakan membahagiakan pertarungan menghadapi nafsu manusia kepada 2 golongan :
Golongan pertama - Golongan yang tunduk mengikut hawa nafsu mereka.
Mereka hidup dengan keseronokan di atas muka bumi ini dan ingin hidup berkekalan di dunia. Sehinggalah mereka ini lupa dengan bukti-bukti kebesaran dan nikmat Allah pada mereka. Al-Quran menyifatkan mereka ini sebagai orang yang mempertuhankan hawa nafsu. Semoga Allah menjauhkan sifat ini daripada kita. AMIN.....Firman Allah yang bermaksud :
"Maka pernahkah kamu melihatnya orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkan sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati, pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberikan petunjuk setelah Allah ( membiarkannya sesat ) maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran." - ( Surah Al-Jathiyaj 45: ayat 23 )
Golongan kedua - Golongan yang bemujahadah dan bertarung menentang hawa nafsunya.
Adakalanya golongan ini mencapai kemenangan dan adalakanya kecundang dalam melawan hawa nafsunya . Apabila melakukan kesalahan mereka segera bertaubat dan memohon ampun kepada Allah Taala kerana mengingati Allah Taala.
Rasullah Bersabda ;
" Setiap anak Adam ( manusia ) itu melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ( dosa ) ialah mereka yang bertaubat ". ( hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi )
Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita memohon kepada Allah agar kita dijauhkan daripada segala dosa godaan syaitan yang sentiasa menyesatkan kita. Ulama' kita menyebut ," Kita jauh dengan Allah , maka peruntukkanlah masa kita untuk bermunajat kepada Allah agar kita sentiasa ingat kepada Allah Taala....
Sumber : Suara Permata
P/s : dapatkan proton exora yang luas dan best.. hehehhe
Ulasan
Catat Ulasan