KEBAIKKAN & KELEBIHAN BERKAHWIN KETIKA BELAJAR PADA USIA MUDA


KEBAIKKAN & KELEBIHAN BERKAHWIN KETIKA BELAJAR PADA USIA MUDA

(dari pandangan penulis) https://www.facebook.com/assyabab.insaniah

1) Kahwin awal dapat mengelakkan zina.Pasangan muda yang masih belajar apabila kahwin muda, mereka akan terlepas dari melakukan maksiat sebab mereka dah mempunyai hubungan yang halal dan sah.Daripada bercouple 4,5,6,7,8,9 ataupun 10 tahun tetap berdosa sebab semasa bercouple macam-macam maksiat boleh berlaku. Dalam islam pun sebenarnya tak dibenarkan bercouple, sebaliknya nak yang lebih indah iaitu Bercinta Selepas Nikah

2) Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat,Sekarang ni terlalu banyak kes anak di luar nikah, kes pembuangan bayi.Ini semua berlaku disebabkan perasaan cinta yang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina dan selamat daripada melakukan dosa. Apabila dah berkahwin pastinya kita akan menjaga zuriat kita dengan baik dan sempurna.

3) Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama2 setiap masa dan waktu.Apabila perkara ini selalu terjadi, secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat dengan melalukan perbuatan terlarang iaitu maksiat & zina.
Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah anda sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan anda.

4) Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyai suami anda sebenarnya sudah selamat dari gangguan.

5) Selamat dari cinta monyet, anda semua mesti tahu apa itu cinta monyet? biasa cinta monyet ni bertahan sekejap selepas itu putus.

Ramai sebenarnya yang cinta monyet,berjanji sehidup semati nk bersama2 untuk selama-lamanya.Tapi bila hubungan yang diharapkan kekal sehingga ke jinjang pelamin akhirnya musnah.

Apabila perkara ini berlaku, anda akan kecewa,sedih,marah,benci dan paling teruk hilang kepercayaan terhadap cinta ada yang sampai bunuh diri.Sebab itu anda patut berkahwin ketika usia muda, sebab apabila dah berkahwin insyAllah akan kekal selama-lamanya.

6) Hidup lebih berkat dengan adanya hubungan yang sah.Pastinya hidup anda akan lebih berkat apabila mempunyai ikatan hubungan yang sah iaitu suami dan isteri.

7) Prestasi cemerlang selepas kahwin,dan mendapat semangat baru untuk belajar, tak dapat dinafikan dah ramai yang berkahwin semasa belajar mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan exam. Dengan berkahwin, menjadikan seseorang itu lebih tenang dan matlamat hidup mereka lebih jelas. Mereka lebih fokus dalam bidang pelajaran dan sokongan dari pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat.

8) Hadiah yang terlalu bernilai dan diharapkan oleh ibu dan ayah anda.Semua ibu dan ayah ingin menimang cucu mereka sendiri.

9) Dapat membuat perancangan keluarga lebih awal,apabila anda berkahwin pada usia muda anda sudah boleh merancang untuk masa depan keluarga anda.Isteri juga akan berasa yakin dan konfiden apabila melahirkan anak pada usia muda.Selain itu,pasangan yang berkahwin pada usia muda sebenarnya beruntung sebab boleh menjaga anda di usia muda. Kelebihanya apabila umur anda sudah 30 lbih masa tu anak-anak dah besar.Jadi anda tak kelam kabut pada usia tersebut.

10) Menjadikan anda lebih bertanggungjawab, bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga.Anda pasti akan ubah sikap2 malas anda kepada rajin sebab anda bukan lagi hidup dibawah jagaan ibu dan ayah tetapi anda sudah mempunyai tanggungjawab besar untuk jaga keluarga anda.

copy https://www.facebook.com/assyabab.insaniah/posts/483427295038849

Ulasan

  1. Assalamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh...Bismillahirrahmaanirrahiim.
    Dengan Nama Allah, kajilah isu ini dengan Mata Hati bukan hanya berdasarkan kelemahan logik akal kita sebagai makhluk yang bergelar manusia. Jika tidak setiap kajian dan pembacaan hanya akan jadi Sia-sia kerana hati telah tertutup kerana Nafsu dan Akal menjadi raja Yang akan Mencari Alasan dan Menidakkan setiap fakta agar setiap kehendaknya dituruti.Sebenarnya isu kahwin muda atau kahwin semasa dalam pengajian semakin sering dibincangkan di media ini, atau di media-media lain. Dan banyak perlakuan atau contoh orang-orang yang sudah dan telah melalui telah kita terima.Data-data penting yang disampaikan selalunya menjurus kepada kesimpulan “Kahwin Muda adalah Pilihan Terbaik” seperti;Mengelakkan zina, mengelakkan kehadiran anak luar nikah, jadi hubungan percintaan sebagai hubungan yang sah, memenuhi tuntutan agama dan lain-lain seperti yang dinyatakan oleh penulis BLOG ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam, walaupun dah lama komen ini.. terima kasih atas kesudian anda menulis komen. Ini adalah pendapat sahaja, bukan pada kajian semata.

      Padam
  2. Sejujurnya, bagi pendapat saya (insan yang tiada apa-apa ini) penulis hanya melihat dari sudut positif sahaja:Isu ini selalu dipandang dari sudut monopoli oleh sebelah pihak sahaja, pengalaman pihak lain yang telah berkahwin 40 tahun dahulu pada zaman dan keadaan sosioekonomi dan cabaran yang berbeza atau mereka yang datang dari keluarga yang berada.Banyak pihak boleh membuat pelbagai andaian, telahan dan jangkaan.Lihat kepada puncanya Isu ini semakin panas adalah kerana pada teknologinya dan kepada pendedahan maklumat yang lebih menjurus kearah hubungan cinta, hubungan intim dan lain-lain.Hukum Agama sangat mudah, untuk menikah, cukup ada mempelai laki-laki dan wanita, ada persetujuan wali, ada saksi, dan ada ijab kabul. Kalau mampu merayakan, rayakan; kalau tak mampu, cukup sekadar majlis syukuran yang biasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas komen, Pada zaman dulu pun tidak semestinya berada baru boleh kawin, Kawin ini satu fitrah sebenarnya. Jika sampai seru, Allah yg menentukan segalanya dan sebagai hamba, kita harus berserah shj.

      Padam
  3. Perkahwinan adalah fitrah manusia, boleh 2, 3, 4 isteri, atau cukup 1 saja.
    Berbalik kepada isu Kahwin Muda.1.Ia digalakkan sekiranya lelaki dan perempuan itu memiliki kematangang dan ilmu yang mantap dari cara berfikir dan ada sikap sangat bertanggungjawab dan impati yang tinggi serta mahir membuat keputusan.2.Hal pertama itu juga harus disokong dengan kedudukan kewangan yang terancang dan boleh hidup tanpa bantuan keluarga (ibu dan bapa atau adik beradik yang lain). Ini adalah fokus utama kerana jika dirasakan duit biasiswa atau pinjaman itu cukup untuk menampung kehidupan mereka berdua, tetapi duit biasiswa atau pinjaman itu adalah hak rakyat yang diberikan untuk anda supaya menjadi insan cemerlang yang berbakti pada ummat. Hal kehidupan adalah atas tanggungan sendiri. Selain itu, kos sara hidup zaman sekarang tak sama dengan kos sara hidup dizaman ibu-bapa kita dahulu (30-40 tahun yang lepas), juga kos sara hidup di Bandar-bandar besar tidak sama dengan kos sara hidup di Timur Tengah seperti Mesir, Jordan dan lain-lain. 3. Isu menimang cahaya mata dari hubungan yang halal. Ia memang wajib tetapi isunya sudah cukupkah ilmu didada untuk membesarkan anak itu?-Sudah cukupkan kita mengenal Allah agar berupaya menjadikan anak itu juga mengenal Allah? Sudah cukup kentalkah diri kita untuk menghadapi cabaran membesarkan anak-anak? Kos sara hidup anak-anak kecil di bawah umur 7 tahun amat tinggi berbanding 1 semester yuran di Universiti (di Malaysia dan Bandar-bandar besar). Sanggupkah kita mahu membebankan ibu-bapa yang sudah berumur untuk menjaga anak kita sedangkan seusia mereka sepatutnya diberi kerehatan yang sepenuhnya dan mendalami ilmu-ilmu agama yang ditinggalkan disebabkan kesibukan mereka di usia muda? Saya Cuma menjelaskan 3 perkara asas ini sahaja…yang lain-lain boleh dirujuk sendiri.Pada hakikatnya, mereka ini sentiasa memberi alasan walau bagaimanapun hujah yang diberi mereka tetap akan meneruskan kehendak sendiri kerana bagi mereka lebih baik berkahwin dari berzina.
    Tahukah saudara dari mana datangnya kehendak itu?Kehendak atau keinginan itu boleh jadi datang dari Allah swt. Jika jiwa kita ini memang ada cahaya Ilahi setelah kita mengenal diri dan mengenal Allah. Menyerah bulat-bulat pada kehendak dan kelakukan Allah swt. Tapi ini ada jalannya, ada caranya, ada adabnya dan ada tatasusilanya yang harus dipelajari, didalami dan dipraktikkan.Tetapi bagi manusia biasa-biasa, keinginan dan kehendak itu datangnya dari Hawa Nafsu.Setiap manusia memiliki hawa nafsu, dan hawa nafsu inilah yang kerap menghambat perjalanan menuju ke jalan kehidupannya.Kita mengatakan hanya orang Kafir yang menyembah BERHALA. Tapi tanpa kita sedar ada BERHALA yang paling besar dalam diri iaitu HAWA NAFSU. Dan setiap kali keinginan dan kehendak itu timbul kita berusaha untuk mendapatkan nya bagi mengikut HAWA NAFSU secara tidak langsung menjadikan kita tunduk kepada HAWA NAFSU (penjelasan QS, Surah Yunus: 29).
    Oleh itu, belajarlah menghapuskan kehendak, keinginan, akal dan fikiran maka akan terhapuslah Hawa Nafsu. Cuba mempelajari dan mengkaji hal ini dulu yang juga merupakan salah satu cara untuk membuat keputusan.Insya Allah Sabar atau syukur akan sulit untuk kita memahaminya jika kita tidak meyakini, wa maa an nashru ill min 'indillahil 'azizil hakim, dan pertolongan itu tidaklah datang melainkan dari sisi Allah yang Maha Aziz dan Maha Hakim. Teguhkan keyakinan ini dalam mencari jalan Allah, maka Allah akan menegakkan kemenangan dalam kehidupanmu.Jangan pernah berhenti berharap kepada Allah Ar Rahiim.Bila ada salah dan keliru, berhentilah di satu titik, dan jangan lanjutkan kesalahan dan kekeliruan itu. Pesannya, kalau sekadar salah makan atau minum, paling teruk hanya akan tersedak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas pendapat anda. kalau hendak diikut ekonomi semasa baru kawin. sampai kesudah memang payah. Ekonomi atau kewangan buka satu titik noktah untuk satu perkahwinan atau membesarkan anak. semua tu ada rezeki masing2 yang di tetapkan oleh Allah. Dan artikel ini hanyalah pendapat seseorang bukan pada kajian menyeluruh. Terima kasih atas pandangan anda. Ia memberikan Ilmu yg berguna bila bertukar pendapat.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wanita-wanita Perindu Syurga

Respon PMRAM Terhadap Spekulasi Kristian Menjadi Agama Rasmi

Adab tidur elak mengigau