Puisi Imam Syafie ( Redha dan Qadar )


Biarkan masa melakukan apa yang isa mahu
tenang dan redhalah apabila qadha' itu berlaku

Janganlah bersedih dengan musibah yang berlaku
tiada musibah dunia yang kekal



Jadilah dalam menghadapi malapetaka lelaki yang cekal
dan akhlakmu adalah berlapang dada dan kesetiaan

Rezekimu tidak berkurangan kerana kesabaran
dan tidak bertambah kerana kesedihan

Sesiapa yang kematian turun di halamannya
maka tidak ada bumi atau langit yang dapat melindunginya

Bumi Allah adalah luas, tetapi
apabila turun qadha' ruangnya menjadi sempit sekali

Biarkanlah masa mengkhianati segala kebaikan
tiada ubat yang dapat menghalang kematian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wanita-wanita Perindu Syurga

Respon PMRAM Terhadap Spekulasi Kristian Menjadi Agama Rasmi

Adab tidur elak mengigau