Cara untuk menghadapi kekecewaan di dalam sesebuah percintaan.
romentikkk x??? .. muke ganas.. hati ade taman taw... hehehheh....
Setiap sesuatu diciptakan berpasangan, sepertimana didalam Kitabul 'Aziz, Allah telah berfirman,
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah." (al-Zariyat/51:49 )
Maka dalil diatas menjadi bukti bahawa setiap manusia mempunyai pasangannya sendiri, ianya dikuatkan lagi dengan firman Allah sepertimana berikut,
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Surah Ar Ruum ayat 21)
1 Kita tidak perlu risau akan jodoh kita kerna ianya tetap wujud untuk kita.
-berkenaan dengan putusnya hubungan kita dengan seseorang, mungkin tidak sampainya hubungan kita itu kepada jodoh. Bukankah berlangsungnya pernikahan itu menunjukkan tertunainya yang dikatakan jodoh. Maka bilamana kita tiada jodoh dengan 'si dia' maka jodoh kita adalah 'si dia' yang satu lagi. harap faham.
2 Sebenarnya, putusnya hubungan itu adalah sebagai rahmat dan hikmah yang tersembunyi buat kita yang bergelar duda sebelum duda @ janda sebelum janda. harap memahami istilah itu.
Mungkin salah satu atau dua sebabnya Allah hendak memberitahu kita :
1- sejauh mana kesabaran kita dalam menghadapi kehilangan orang yang tersayang. Melatih kita dengan ujian-ujianNya yang mungkin ujian itu lebih besar pada waktu-waktu akan datang. Dan kerana setiap ujian yang datang menunjukkan keperihatinan Allah kepada kita dengan menjadikan setiap ujian dengan pasti ada hikmah terselit didalamnya, cuma kita saja ingin mencarinya dan memikirkannya.
2- Putusnya dan kecewanya didalam percintaan, bahawa Allah memberi isyarat supaya jangan menaruh dan bergantung dengan cinta yang fana dan juga menunjukkan tiada percintaan yang sejati lagi hakiki melainkan cinta kepada Allah dan RasulNya lah yang paling layak dengan cintaNya. Kerana kepadaNya lah sahaja segala sesuatu bergantung dan mengharap.
3- Kerana mungkin Allah ingin menggantikan jodoh seseorang itu dengan yang lebih baik dan lebih sepadan, kerana firman Allah :
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (An-Nur:26)
Maka oleh itu janganlah bersedih sangat mengenai kekecewaan itu, kerana ianya akan diganti dengan ketenangan dan kegembiraan berdasarkan amal soleh kita, bila dikurniakan qurratul ain yakni suami soleh atau isteri solehah, bagaimana kita sekarang menunjukkan bagaimana jodoh kita, maka marilah sama-sama memperbaiki amal soleh kita moga-moga ianya membawa kepada penemuan soleh atau solehah dan seterusnya menurun kesolehan itu kepada anak-anak dan cucu-cucu kita nanti, Insyallah.
Sebenarnya jodoh kita berada di suatu tempat yang kita tidak ketahui,sedangkan 'si dia' juga begitu, sedangkan amal soleh dan juga takdirlah yang mempertemukan kita tanpa kita sedari.
'Pertemuan yang tidak disedari, Perpisahan yang didukai dan dideritai'
maka cinta manakah kita akan pilih, Cinta yang menenangkan hati @ Cinta yang menyakitkan hati'
pilihan dihujung jari, fikir-fikirkan
Salah satu simpulan yang ana sedari salah satunya
hendaklah kita ber'husnul zhon' dengan Allah maka kita akan akan dapat apa yang tidak disedari kebanyakkan orang...
Ulasan
Catat Ulasan