Tundukkan Pandangan

           Islam sebuah agama syumul yang amat menitikberatkan soal kebersihan. Baik kebersihan luaran mahupun dalaman, zahir mahupun batin, semuanya dipandang tinggi disisi Islam. Peningkatan gejala sosial yang berlaku dewasa ini adalah salah satu implikasi buruk yang timbul akibat pengabaian ummah terhadap soal ini.  
 
Hati adalah salah satu perkara yang amat penting untuk dijaga dan dibersihkan. Peri pentingnya penjagaan hati dalam islam telah pun ditegaskn oleh junjungan mulia Muhammad SAW dalam sabdanya yang mafhumya, “ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad anak adam terdapat seketul daging, jika baik daging itu baiklah semuanya, jika rosak daging itu, maka rosaklah semuanya, ketahuilah daging itu ialah hati.”  


             

     Al-quran mengajar manusia menjaga kebersihan hati dengan mengatur etika serta batas-batas pergaulan antara lelaki dengan wanita. Antara yang disebut ialah dengan menundukkan pandangan. ALLAH memerintahkan di dalam Al-quran kepada  kaum lelaki untuk menundukkan pandangan mereka, sebagaimana firmannya, “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nuur: 30)

            Tidak terhenti setakat itu, hal sama juga turut diperintahkan kepada kaum wanita beriman dalam firmannya, “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nuur: 31)

             Manfaat yang bakal diperoleh oleh mereka yang menundukkan pandangan mata amatlah besar. Ibnu Qayyim Al-Jauziy didalam kitabnya Raudhatul Muhibbin ada menukilkan manfaat bagi mereka yang menjaga dan menundukkan pandangan antaranya :

1. Mendatangkan cahaya dan keceriaan di hati, wajah dan seluruh anggota badan.
2.Mendatangkan kekuatan firasat yang benar.
3. Membuka pintu dan jalan ilmu serta memudahkan dalam mendapatkannya.
4. Mendatangkan kekuatan, keteguhan dan keberanian hati.
5. Mendatangkan kegembiraan, kesenangan dan kelapangan hati.
6.Membebaskan hati dari tawanan syahwat.
7. Menutup pintu-pintu neraka Jahannam.
8. Memperkukuh dan menguatkan akal
9. Membebaskan hati dari syahwat yang memabukkan dan kelalaian yang merugikan. 

Menundukkan pandangan mempunyai banyak sekali faedahnya, antaranya ialah:

1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.

2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.

3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya, melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.

4) Membersihkan hati dari akibat sedih.Orang yang tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah ia dalam kesusahan.

5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan ma’rifat kepada Allah s.w.t. serta hokum-hakamnya.

7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan dan keberanian.

8) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan yang sangat indah.

9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi, maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.

10) Dapat membebaskan hati dah fikiran yang selalu merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut dengan angan-angan yang tinggi.

11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.Sedangkan mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil kecuali hilang sikap waspada terhadap ahibat-akibat buruk yang akan berlaku.

12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam) akhirat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wanita-wanita Perindu Syurga

Respon PMRAM Terhadap Spekulasi Kristian Menjadi Agama Rasmi

Adab tidur elak mengigau