Memahami Feqh Dakwah " rukun ke 3 manhaj dakwah "
3. Manhaj Ad-Dakwah ( Mau du' / Topik atau tajuk yang di dakwahkan kepada orang yang di dakwah. )
Yang dimaksudkan dengan topik dakwah adalah apa yang akan disampaikan oleh pendakwah ( daie' ). Topik dakwah ialah agama Islam dan asas-asas dakwah contohnya akidah, syariah, dan akhlak. Setiap pendakwah ( daie' ) berusaha mengajak umat manusia kepada kebenaran , dan kebenaran pula ialah segala yang datang daripada Allah.
" Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu , sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang yang rugi " ( Surah Al-Baqarah ; 147 )
Ciri-ciri topik / tajuk ( mau du' ) dakwah ;-
- kebenaran : " Hai orang yang beriman , bertakwalah kami kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar " ( Surah al-Ahzab ; 70 )
- Mencakupi seluruh agama Islam.
- Memantapkan akidah, melaksaanakan tanggungjawab syariah dan menghayati akhlak yang baik.
- Mencapai matlamat utama membina kesempurnaan hubungan antara manusia dengan Penciptanya.
- Mengetahui dan mendalami sumber Islam seperti Al-Quran , As-Sunnah dan lain-lain.
- Menjauhi dari sebarang unsur penyelewengan.
- Berfikir secara Islam : aspek , persoalan , kaedah , akhlak dan keinsafan sebagai khalifah.
- Menyeru manusia kepada kebaikan dan menghindarkan dari segala fitnah.
- Meneroka ilmu-ilmu yang lain seperti kebudayaan, sejarah, masyarakat , bangsa / etnik , kaunseling, psikologi, geografi, kepimpinan , komunikasi dan lain-lain..
" Dan bahawasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan(nya)? kecuali ( penyair-penyair ) beriman dan beramal soleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali " ( Surah Al-Syu'ara ; 266-277 )
Berdasarkan Surah ini , pendekatan dan tumpuan dalam proses komunikasi dakwah ialah isi kandungan atau mesej dakwah atau juga di sebut topik / tajuk dakwah itu .
Atara kandungan dan mesej dakwah untuk mengajak , memeujuk , membimbing manusia , mengenal, mengamal, menghayati dan mencintai Islam yang syumul melalui :
- Pengenalan asas-asas Islam
- Kesepaduan fardu ain dan fardu kifayah
- keistimewaan agama Islam
- Sistem agama Islam.
- Isu global dan semasa
Sambung Rukun yang ke 4 >>>> Cara dan teknik berdakwah ( Uslub al-Dakwah )
Sumber : Risalah Dakwah PMRAM oktober2010.
Photo : TanahMelayu Ket ( Photografi )

kadang2 takut nak sampaikan sesuatu tentang hal2 agama ni,
BalasPadamJika Akak ada Ilmu,, InsyaAllah semua ok..
BalasPadamWas-was nie datang dari saitan.. berdoalah agar dijauhkan..
Da'ei pulak mesti 'kenal' dgn mad'u supaya proses dakwah lebih berkesan. kan?
BalasPadamEntri Terkini : Apo bondo ni jang?
yup...
BalasPadam