3 perkara yang menyebabkan Syaitan takut

hiasan

3 perkara yang menyebabkan Syaitan takut

Suatu ketika di zaman Syekh Abdul Qadir Al-Jilani, dengan kelebihan yg Allah berikan kepada syeikh, suatu hari beliau dapat melihat seekor syaitan dalam keadaan muka yang pucat, badannya kurus kering dan belakang badannya bongkok, lalu Syeikh bertanya kepada syaitan tersebut..

hai syaitan, kenapa muka engkau pucat ???

Syaitan tadi menjawab, begini Syeikh, aku pucat kerana disaat aku menunggu seorang tua yang sedikit lagi mati dan aku menggodanya agar dia mati dalam su’ul khotimah, aku tiba2 menjadi pucat kerana dia membacakan
doa..


“Yaa Allah biha Yaa Allah biha Yaa Allah Bi khusnil khotimah” dan aku takut ia mati khusnul khotimah, karena itulah aku pucat.

Lalu mengapa engkau kurus ???

begini Syeikh aku bangga dan sihat tubuhku bila seorang anak cucu adam dan umat Muhammad dikala ia makan dan minum tidak membaca nama Tuhannya tetapi aku kurus bila ada diantara mereka yang kugoda tetapi setiap ia makan dan minum dia membaca “Bismillahirrahmanirrahiim” , sebab inilah aku menjadi kurus.

Dan mengapa engkau bongkok???

begini wahai Syeikh aku adalah penggoda dan selalu menjadi penggoda, kuberatkan ia untuk solat, puasa, dan menginggati Allah khususnya akan ku goda mereka yang muda, aku hasuti hawa nafsunya untuk tidak sujud kepada Tuhannya dan tidak mencintai kepada Nabinya,

aku merasa terbeban bila ada seorang pemuda yang ku goda langkahnya dan ku goda nafsunya untuk jauh dari ilmu tetapi ia melawannya dan bengkoklah aku dikala ia duduk dimajlis ilmu menyebut-nyebut nama Tuhannya dan menyebut-nyebut nama Muhammad, terbebannya belakangnku seakan aku membawa gunung di badanku,

tapi ingatlah wahai Syeikh jika ia melanggar perintah Allah dan Muhammad Rasulnya ketahuilah bahawa aku adalah sahabat dekatnya dan tidak akan aku biarkan ia bersamamu, maka Syeikh berkata

“aku berlindung dari godaan syaitan yang terkutuk”

wallahu a'lam..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wanita-wanita Perindu Syurga

Respon PMRAM Terhadap Spekulasi Kristian Menjadi Agama Rasmi

Adab tidur elak mengigau